Selamat berangkat Fatah!

July 10th, 2006 by rodzahn-shinichi

Maner_nasi_goreng_ayam_nie_1 Fathi Kamil @ Ustad @ Fatah, aku kenali menerusi Hafez, member sebilik aku kat Perindu. Waktu itu aku ambil kursus Multimedia. Seorang yang friendly, suka tersenyum kambing, begitu meminati bidang komputer dan setiasa updatekan diri tentang komputer.

Bersahabat dengannya membuat aku lebih banyak mengetahui tentang komputer. Waktu aku sekolah dulu, aku langsung tak tahu apa² tentang komputer ni. Nak pegang komputer orang pun aku tak berani. Takut kalau rosak nanti, kena ganti. Bukannya murah! Aku mana ada duit nak ganti. Duit belanja sekolah aku pun cukup² untuk belanja kat kantin. Aku ternganga saja bila member² sekolah bercerita tentang game komputer yang diorang main.

Tak boleh jadi ni. Aku mesti belajar lebih mendalam tentang komputer. Mungkin juga waktu itu aku didorong dengan lagu IT, nyanyian Siti Nurhaliza (Oh IT! Cinta IT! Suka Siti! Hehe…)

Kini pengetahuan aku tentang komputer ni, bolehlah tahan. Takdelah sampai ternganga lagi bila orang bercakap dengan aku tentang komputer.

Berbalik semula cerita tentang Fatah. Pada 9 Julai 2006, hari Ahad jam 1930, Ustad berangkat ke Riyadh, Saudi Arabia, atas urusan kerja. Aku tak dapat sertai dengan member² lain kat KLIA (untuk ucapkan selamat jalan), kerana aku ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku sekadar telefon dia untuk mengucapkan selamat berangkat.

Selamat berangkat Fatah! Bila balik Malaysia nanti, jangan lupa belikan aku ole²! Semestinya bendera berbentuk 3 segi!  :-)  

Bookmark and Share

Lagu Siti Nurhaliza

April 25th, 2006 by rodzahn-shinichi

Bulan_sabit_1 Siti Nurhaliza…. Tak perlu diperkenal lagi. Sesiapa yang tak kenal atau nak tahu lebih lanjut, cari saja di internet, menerusi carian enjin Yahoo! ka, Google ka, dan sebagainya. Tapi aku bukan nak cerita pasal Siti Nurhaliza, aku nak cerita tentang lagunya. Antara lagu beliau yang aku rasa best dan syok didengar ialah Bisikan Asmara, Dalam Taman Syahdu dan Sendiri. Ketiga² lagu tersebut mempunyai lirik yg bagi aku, terindah dan istimewa. Dan ketiga² lirik lagu tersebut juga mempunyai nostalgia yang tersendiri bagi aku. Apakah nostalgia itu? Wah hahaha…. rahsia!☺

Bookmark and Share

Bermulanya di sini

April 25th, 2006 by rodzahn-shinichi

Assalamualaikum & salam sejahtera! Wah hahaha….nampaknya aku membuat pembaharuan blog. Blog aku yang terdahulu, My Territory terpaksa aku tamatkan riwayatnya, dan aku gantikan dengan blog baru yang lebih matang, lebih hebat dan lebih syok lagi, Aku, Dia Dan Blog. Dalam blog ni, aku akan sepenuhnya guna B.Melayu. Bukan apa, aku menyambut seruan kerajaan bagi memperkasakan B.Melayu. Namun begitu, aku akan tulis juga dalam English jika perlu saja. Wokey, sampai di sini saja. Majulah blog untuk semua….Jdrs3b2

Bookmark and Share